Recent Posts

Posts RSS

Tuhan, Dunia Ini Sakit

Hijau lagi di kepala ini
Tatkala berlari merentas kuning padi
Jemari kaki yang mungil dan naif
Belum tahu apa itu dewasa

Segar lagi di benak ini
Ketika hari pertama memegang pensel
Mengadap rentangan papan tulis
Debu-debu memutih di celahan lantai

Semuanya nampak serba baru
Segalanya masih aku belum tahu
Namun di situlah nafsu aku tertuju

Bila usia menginjak dewasa
Sering kuteguk air liur sendiri
Melihat bumi di cermin satu lagi

Kaget

Tidak tahu mana asal punca
Kerana jauh tersudut suatu perasaan
Cuba menutup hijab yang enggan terima
Kekalutan apakah ini?

Mata diheret seribu persoalan
Hati dihenyak sejuta kemarahan
Ada ketika akal bertangisan
Keriuhan semacam ini, aku tidak mahu

Di situlah aku mula mendidik diri mengenal dirimu
Memupuk seulas cahaya bernama harapan
Kerana ku sendiri sedang bertapak di hamparan yang uzur
Menanti hari menunggu jahanam

Tuhan, dunia ini sudah tua
Tuhan, dunia ini sudah bangka
Tuhan, dunia ini sakit...

Image's credit : Stockholme Syndrome

4 ulasan

Aku Mendakap Ketakutan Sebelum Ia Mengancamku

Disuapnya kamu
Dibaja bertalu
Dibelai waktu tertentu

Dia tipu, dia tipu, dia tipu
"Mana kau tahu?"
Kerna aku bukan dungu seperti kamu
"Kau tuduh aku pengampu?"

Haha!
Kau makan cili, kau rasa pedasnya

Haha!
Kau buat dosa, kau rasa takutnya

Hahahahahahaha!

Lihat pada waktu bila jalanmu berturap
Lihat pada waktu bila dia ketemu kamu dengan kerap
Lihat pada saat mana dia menabur harap
Lihat tika bila dia tiba mengampuh kamu yang terjerahap

"Kau serkap jarang"

Bukan, bukan, bukan
Aku bukan pengecut baling batu sembunyi tangan
Bukan aku namanya lantang di sini di depan menyegan
Bukan, bukan, bukan

Kau digula-gula
Kau diperguna
Sampai bila?

Jiwa kita diperkosa
Intelek kita diludah hina
Sampai bila?

Mereka takut akan anak-anak
Mereka bimbang akan generasi kelak
Mereka sebolehnya enggan mati
Kerna mati adalah pengakhiran

"Dengan kuasa, mereka layak berleluasa!"

Dan kau ingin terus diperhamba?
Inginkah kau terus dipenjara?
Melihat kebatilan nyata tanpa berbuat apa-apa?

Patuhlah
Patutlah
Patuhlah
Patutlah

"Ada apa dengan ini semua?"

Aku
Cuma
Ingin
Mendakap
Ketakutan
Sebelum
Ia
Mengancam
Aku

4 ulasan

Qasidah Buat Qistin

 

Congak hitung lama sudah kau tinggal

Bibir mungil penguntum debar jantungku

Terpisah jasad terpisah alam

Dimensi baru kau itu jauh sekali

Gapaian tanganku tak mungkin sampai

 

Sayang

Benar aku cemburu

Melihat pelosok manusia sekalian bercumbuan

Redha kadang menggila

Terlupa Dia yang lebih melihat

 

Sayang

Gelutan aku mencari semula dirimu

Kadang tersalah erti

Disalah erti amat selalu

Jeritan batinku tiada yang mendengar

Apakah sumpahanmu sudah sebati?

 

Aku tak mungkin melupakanmu

Tapi tak mungkin pula mendapatkan kau kembali

Cuma ini

Hanya bait-bait ini

Ku sisipkan buatmu yang sudah jauh

Redhai aku dengan pengganti

Kerna aku juga meredhai pemergianmu

 

Titik

 

ManandWomanholdinghands-silhouette-

 

- in the remembrance of NurQistin, 1988 - 2002

2 ulasan

Gembala Cinta


Aku mahu ke gunung
Bersama yang tercinta
Tercungap lelah
Walau senyum masih terbias
Di celahan renik-renik kepuasan

Aku mahu ke tasik
Menghamparkan yang terbaik
Buat sang juwita
Terlakar bersama ayu puitis wajahnya

Ajal tak menentu
Entah bila akan menyapa

Seisi masa ini
Helaian harapan
Masih terbuku kemas
Di dada impian

Citaku pada aman
Cintaku pada nyaman

Desir berpuput
Membawa bersama segumpal citra kasih
Sunyi masih terngiang
Namun balam

Abaikan

Biar sang puteri tahu
Hanya dia yang akan kubawa nanti

Pasti

2 ulasan

Bebas Dalam Kebebasan

l_b4d426537eb943c4a4d0a0bc0d9c8c36

Kebebasan untuk berbicara harus punya
kebebasan untuk tidak bicara.
Kebebasan untuk mencintai harus punya
kebebasan untuk diabaikan.
Kebebasan untuk bersatu harus punya
kebebasan untuk bercerai.
Kebebasan untuk berpegang pada suatu tiang,
atau kedua kutub atau di pertengahan.
Kemudian itu barulah hanya bisa ‘kemanusiaan’ itu
hidup dalam masyarakat tanpa rasa tertekan.

2 ulasan

Monolog Pada Diri

Hidup kadang gusar
Bila rasa terabai
Tipulah diri sendiri
"Bahagia ada di depan"

Jalan masih jauh
Takutkan realiti?
Tipulah akal sekilas
"Pasti ada penyuluh"

Mati itu pasti
Yang pergi, biarlah
Kenang sahaja
Jangan diruntun selalu

Hidupkanlah kehidupanmu.

10 ulasan

There's No 'U' In 'Myself'


I speak out my mind.
I question theirs.
It seems to me like no one really cares.

Peripherally blind.
Intellectually numb.
Ignorance by choice or just plain fucking dumb?

You're threatened by my mind.
You want everything the same.
But my questions still remain.
You boycott your brain.

You answer with fists
but my questions still persist.
You can rearrange my face
but you can't rearrange my mind.

You can beat this shell about me
but you can't touch what's inside!


Nota :

- Bukan hasil tulisan asal pemilik blog. Dikutip dari titipan seorang sahabat yang telah 'menjumpai' dirinya sendiri.

Hidup - begitulah ia. Kadang-kala persoalan mengenai siapa anda yang sebenarnya tidak terungkap bila mana keyakinan digugat oleh suara-suara sumbang tentang betapa tidak 'normal'-nya kita di pandangan mata umum. Siapa peduli?

Hidup adalah perjalanan mencari erti. Ketiadaan erti adalah igauan ngeri dan sesalan masa silam untuk masa depan. Jadilah apa yang anda inginkan. Jika itu mengisi pengertian hidup anda di hari kelak.

10 ulasan